KISAH DAJJAL (bhgn 2)
Fitnah Dajjal
Sabda Rasulullah s.a.w: "Dan di
antara fitnahnya iaitu fitnah dajjal ialah ia akan berkata kepada
orang-orang Arab kampung, 'Bagaimana pendapatmu jika aku membangkitkan
ayahmu dan ibumu, apakah kamu mahu bersaksi bahawa aku adalah Tuhanmu?'
Dia manjawab: 'Ya.' Kemudian dua syaitan yang menyerupakan diri dengan
ayahnya dan ibunya, lantas keduanya berkata: 'Wahai anakku, ikutilah dia
sesungguhnya dia adalah Tuhanmu." (HR Ibn Majah)
Dajjal adalah pembawa fitnah
yang paling besar di antara fitnah-fitnah yang ada sejak Allah
menciptakan Adam hingalah ke hari kiamat. Antara fitnahnya lagi ialah
dajjal memiliki syurga dan neraka padahal hakikatnya syurga tersebut
adalah neraka dan neraka itu adalah syurga. Dajjal mempunyai
sungai-sungai air dan gunung-gunung roti. Dia memerintahkan langit untuk
menurunkan hujan lantas turunlah hujan tersebut. Dia memerintahkan bumi
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dengan segala hasilnya. Dia dapat melintasi
bumi dari satu tempat ke tempat lain dengan sepantas yang luar biasa
bagaikan hujan yang ditiup angin kencang. [Peristiwa menjelang kiamat
Tanda-tanda Besar, Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma,hlm
83,Al-Hidayah]
Dalam hadis Nawwas bin Sam'an
r.a. bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai
dajjal: "Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia tinggal di bumi?" Baginda
menjawab: "Selama empat puluh hari, sehari seperti setahun, sehari lagi
seperti sebulan, dan sehari lagi seperti sejumaat dan hari-hari lainnya
seperti hari-harimu (seperti biasa)." Mereka bertanya: "Bagaimanakah
kecepatan bumi?" Baginda menjawab: "Seperti hujan ditiup angin kencang."
Lalu ia mendatangi suatu kaum dan diajaknya kaum itu,kemudian mereka
mempercayainya dan memenuhi seruannya. [HR Muslim]
Perlindungan dari Fitnah Dajjal
Nabi-nabi sekaliannya telah
memperingatkan umatnya akan fitnah-fitnah dajjal. Telah disampaikan
kepada kita bagaimana ciri-ciri dajjal dan fitnah-fintah yang dibawanya
adalah untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. ini sentiasa waspada terhadap
dajjal kerana munculnya dajjal ini adalah pada zaman umat Nabi Muhammad
s.a.w. kerana nabi Muhammad adalah penutup para Nabi. Hendaklah kita
memohon perlindungan daripada Allah dari fitnah dajjal ini. Cara-cara
memohon perlindungan adalah:
1. Berpegang teguh dengan agama
Islam dan bersenjatakan iman dan mengenal nama-nama dan sifat-sifat
Allah yang tidak bersekutu padanya dengan seorangpun sehinggalah ia
mengetahui bahawa Dajjal adalah makhluk biasa yang makan dan minum
sedangkan Allah maha suci dari semua itu.
2. Memohon perlindungan ketika tahiyyat terakhir sebelum salam dengan membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ
اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَاْبِ جَهَنَّمْ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاْتِ ومِنْ شَرِّ فِتْنَةِ
الْمَسِيْحِ الدَّجَّال
"Ya Allah, aku memohon
perlindungan dari azab jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah
hidup dan mati dan dari seburuk-buruk fitnah al-Masih ad-Dajjal." [HR
Muslim dari Abu Hurairah r.a.]
3. Menghafal atau membaca 10
ayat awal surah al-Kahfi atau 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim kitab al-Fitan, Bab
Zikr ad-Dajjal. Antara keistimewaan surah al-Kahfi adalah sebagaimana
sabda Nabi s.a.w. daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a: "Sesungguhnya orang
yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka diberi cahaya untuknya
di antara dua Jumaat (jumaat ini dan jumaat depan)." [Hadis riwayat
al-Hakim, Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami' Shaghir]
4. Jika telah muncul Dajjal,
hendaklah ia bersembunyi dan adalah lebih baik menetap di Mekah dan
Madinah kerana Dajjal tidak akan dapat memasuki Kota ini dan
Masjid-masjid yang telah di sebutkan sebelum ini [rujuk bhgn 1]. Sabda
Nabi: "Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi
darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira
bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau
kesamaran yang menyertainya." [HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim]
Matinya Dajjal
Matinya Dajjal adalah ditangan
Nabi Isa 'Alaihissalam. Ketika Nabi Isa turun, sedang Dajjal ketika itu
berada di sekitar Baitul Maqdis kemudian Nabi Isa bertemu dengannya di
pintu Lud (menurut pendapat: nama tempat yang berada di lapangan terbang
di israel sekarang). Pada waktu Dajjal melihat Isa, lantas Isa menjadi
cair seperti garam yang larut di dalam air, kemudian berkata kepada
Dajjal: "Saya akan memukul engkau dan engkau tidak akan dapat lari
dariku." Kemudian Isa mengejarnya dan membunuhnya lantas berlarian
pengikut-pengikut Dajjal kerana dikejar oleh orang-orang mukmin sehingga
pokok-pokok ketika itu berbicara: "Wahai orang muslim, wahai hamba
Allah! ini dia orang yahudi di belakangku! Kemarilah bunuhlah dia!"
[Kisah ini ada di dalam An-Nihayah fil-Fitan Wal Malahim juga
sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad; Rujuk Peristiwa Menjelang
Kiamat, hlm 110-114]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan