Hang Tuah lima bersaudara terkenal dengan gelaran laksamana, pendekar, pahlawan, wira, dan juga wali Allah. dikatakan kebanyakan ilmu silat ketika ini berasal daripada mereka. zaman dulukala, Melayu dikait rapat dengan hubungan dengan jin. keris diasap dan dipuja. sehingga ada pahlawan2 dulu yg boleh terbang, kebal dan sebagainya. maka tidak hairanla sekiranya sekarang ini ada yang diganggu makhluk halus, tok imam / si perawat akan tanya," awak ni main silat ke?"
kembali
kepada persoalan kita; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar? di sini ada
beberapa percanggahan fakta sejarah. jika dikaji secara mendalam, ada
sejarah Melayu karangan sarjana Eropah yang menafikan kewujudan Hang
Tuah lima bersaudara. dia mengatakan kewujudan Hang Tuah semata2
dongengan/ lagenda ingin menonjolkan kehebatan bangsa Melayu. dongengan
seperti mana Lagenda Batu Belah Batu Bertangkup dan juga Si Tanggang.
(Batu Belah Batu Bertangkup dan si Tanggang adalah lagenda klasik
Melayu, walaupun tiada bukti sahih kewujudan mereka, tetapi masyarakat
menganggapnya wujud atas dasar moraliti dari cerita tersebut).
Walau
begitu, kita lebih cenderung mengatakan Hang Tuah lima bersaudara
benar2 wujud. dan menjadi antara pemangkin kehebatan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka dahulukala. kita beranggapan bahawa pendapat sarjana
Eropah itu semata2 propaganda untuk menidakkan dan menafikan sejarah
Melayu yang menjadi kebanggaan kita.
tentang
penderhakaan Hang Jebat, ada riwayat yang mengatakan bahawa benar Hang
Jebat mengamuk, tetapi dia hanya membunuh penjahat2 dan pengkhianat,
sehingga ada yang mengatakan bahwa pencuri telur ayam sekalipun
dibunuhnya. dia tidak membunuh orang2 awam yang tidak berdosa, kerana
banyak pendapat yang mengatakan Hang 5 bersaudara ini merupakan wali
Allah, maka sudah pasti tidak layak untuk seorang wali membunuh secara
membabi-buta. tetapi sungguhpun begitu, sudah pasti hal ini menimbulkan
isu, kerana mengikut syariah Islam, bukan semua jenayah dikenakan
hukuman bunuh.
Jebat mengikut hikayat,
mengamuk dan menderhaka untuk membela kezaliman yang dilakukan Sultan
Melaka yang termakan hasutan pembesar keturunan Majapahit yang ingin
melihat Hang Tuah dibunuh. Hang Tuah difitnah mempunyai hubungan sulit
dengan Puteri Gunung Ledang yang menjadi gundik (ada yang mengatakan
isteri) Sultan Melaka ketika itu. dari sini kita dapat lihat, fitnah
adalah akar umbi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Tuah
pula, terkenal dengan kesetiaan pada Sultan yang memerintah. kesetiaan
adalah sifat yang terpuji, malangnya mengikut hikayat, Tuah tersalah
ijtihadnya dalam kesetiaan, sehingga kesetiaannya menjadi membuta-tuli.
jika diperhalusi, Tuah juga tidak bersalah. dia diperintahkan membunuh
Jebat yang ketika itu menghuru-harakan dan menjadi ancaman kepada
keselamatan rakyat Melaka seluruhnya. jadi menjadi tanggungjawabnya
sebagai satu2nya orang yang dapat menandingi kehebatan Jebat untuk patuh
pada titah Sultan yang menitahkannya untuk membunuh Jebat. ttp yang
mngkin mnjadi persoalan dan isu ialah titah Sultan supaya Jebat dibunuh
itu dipegangnya sekuat hati, sehingga walau Jebat menawarkan perdamaian,
tidak diendahkannya.
Jebat dikatakan bersalah
kerana dia mengamuk dan menderhaka pada Sultan. bukan penderhakaan itu
yang mnjadikannya bersalah, tetapi lebih kepada pembunuhan2 yang
dilakukannya. pepatah Melayu berkata, 'raja adil raja disembah, raja
zalim raja disanggah'. jika kita melihat perbuatan Sultan Melaka ketika
itu sbg tidak adil, maka 'penderhakaan' Jebat tidak lagi mnjadi dosa
(kepada masyarakat) kepadanya.
Tuah pula
menyoal dirinya sendiri, kerana dirasakan dia bersalah membunuh orang
yang membelanya sendiri. bukan orang lain, sahabt baik dari kecil
sehingga dianggap saudaranya sendiri. dia tidak menghargai pengorbanan
sahabatnya, yang sanggup mengorbankan nyawa untuk membelanya. namun dia
tersepit atas dasar kesetiaannya pada raja dan negara. dan mungkin
benar, kesetiaannya membabi buta. itu dosanya di mata masyarakat.
Jadi, siapakah benar; Tuahkah benar, atau Jebatkah benar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan